Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2020

Masa

Masa Disebabkan pandemik #covid19 ni, betapa banyaknya Allah beri masa kita dan anak-anak di rumah. Cuba lihat dan renung bagaimana kita habiskan masa setiap hari. Pernah beri tazkirah (dibaca sebagai borak atau membebel) kepada anak-anak dara berdua. Masa sekolah, tak banyak masa. Penat sebab sekolah pagi petang. Malam sibuk buat homework. Pukul 9 atau 10 dah layu dah mata masing-masing termasuk mak diorang. Pandemik ni, sampai tak tahu nak buat apa. Makan cukup. Main cukup Tengok TV cukup. Bersukan cukup Rehat cukup. Apa kata kalau kita ambil masa untuk mengaji setiap kali lepas solat? 5 kali sehari. Atau sekurang-kurangnya 3 kali sehari seperti kita tak pernah lupa untuk makan. Anak-anak senyum. Berpandangan sesama sendiri. Ya.. Ingin mengatakan yang mak cakap tu betul. Sebenarnya bukan anak-anak sahaja. Mak bercakap untuk ingatkan diri sendiri juga. Betapa banyak masa kita. Allah beri ruang untuk kita lebihkan masa dengan Quran. Belajar Belajar Belajar. Banyak hikmah daripada pand...

Ejen Takaful Great Eastern Takaful Berhad

Kenapa saya daftar sebagai ejen takaful? Dalam banyak-banyak bisnes atau jadi ejen, ejen insuran laaa yang saya tak nak jadi. Begitulah saya beberapa tahun lalu. Sehinggalah awal tahun hari tu, saya dipertemukan dengan satu polisi yang tak cerewet dan MURAH paling penting. Ye laaa.. Kalau tak cerewet dan mahal pun, tak berapa menarik juga kan. Dan sejak dari tu, saya TERambik lesen jadi ejen takaful. Haha. Ya, ejen takaful ni bukan cita-cita saya. Tapi demi nak berkongsi dengan kawan-kawan. Saya join! Dan ditakdirkan musim #covid19 , maka diamlah juga lesen saya tu. Plus nak bersalin dan berpantang kan. Rehat sekejap. Ditakdirkan juga, polisi yang saya suka tu dah tamat riwayatnya. Habis kuotanya. Ya, polisi yang menarik dan tak cerewet tu lah. Sehinggalah lepas berpantang baru-baru ni, saya aktif semula bercerita kepada kawan-kawan kepentingan takaful ni. Alhamdulillah, dah ada beberapa orang client. Dan Hari ni, saya ada berita gembira. Polisi yang buat saya berkenan untuk jadi ejen...