Skip to main content

Masa



Masa
Disebabkan pandemik #covid19 ni, betapa banyaknya Allah beri masa kita dan anak-anak di rumah.
Cuba lihat dan renung bagaimana kita habiskan masa setiap hari.

Pernah beri tazkirah (dibaca sebagai borak atau membebel) kepada anak-anak dara berdua.
Masa sekolah, tak banyak masa.
Penat sebab sekolah pagi petang.
Malam sibuk buat homework.
Pukul 9 atau 10 dah layu dah mata masing-masing termasuk mak diorang.

Pandemik ni, sampai tak tahu nak buat apa.
Makan cukup.
Main cukup
Tengok TV cukup.
Bersukan cukup
Rehat cukup.
Apa kata kalau kita ambil masa untuk mengaji setiap kali lepas solat?
5 kali sehari.
Atau sekurang-kurangnya 3 kali sehari seperti kita tak pernah lupa untuk makan.

Anak-anak senyum.
Berpandangan sesama sendiri.
Ya..
Ingin mengatakan yang mak cakap tu betul.
Sebenarnya bukan anak-anak sahaja.
Mak bercakap untuk ingatkan diri sendiri juga.

Betapa banyak masa kita.
Allah beri ruang untuk kita lebihkan masa dengan Quran.
Belajar
Belajar
Belajar.

Banyak hikmah daripada pandemik ni.
Namun kenapa kita masih belum ingin berfikir dan ambil pengajaran?

Sama-sama kita didik jiwa kita dengan Quran.
Belum lancar, eja.
Belum tahu, belajar.
Belum boleh baca, belajar Iqra'.
(jangan pernah malu untuk belajar)

Penuhi masa dengan baik.
Mungkin tak perfect setiap hari.
Namun inilah masanya untuk kita hargai MASA yang ada ini.

Love,
Mama Laila 1817 : 17122020

Comments

Popular posts from this blog

Anak Tak Selera Makan? Apa Solusinya?

Semalam dah poskan Spearmint untuk bantu anak Cik Nisa yang kurang selera makan. Katanya macam-macam cara dah cuba tapi belum nampak hasilnya.  Harapnya Spearmint ni bolehlah menaikan selera makan anak beliau. Banyak lagi kebaikan Spearmint ni. Antaranya ialah :- #1 Membantu masalah yang berkait dengan pernafasan. #2 Masalah pencernaan. #3 Mengatasi sakit kepala #4 Menenangkan #5 Eczema Kalau kalian ada masalah-masalah yang berkaitan kulit, perut dan pernafasan, boleh contact saya ya. Love, Kak Laila

Bahagia Dan Tenang

Bahagia... Bukan semua orang sedang mengecapi bahagia. Tenang... Bukan semua orang dikurniakan nikmat tenang. Ada orang hidupnya punya wang yang banyak, anak yang ramai, harta bertimbun. Namun hati masih belum tenang. Gundah gulana. Jadi, jika kita bahagia dan tenang, bersyukurlah. Love, Kak Laila 0939 : 15112020