Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kata Hati Aku

Battle Berebut Vaksin

Kisah kelakar hari ni. Berebut vaksin Astrazeneca yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat.  11.50 pagi aku dah bersedia depan komputer. Anak nak makan? Nanti dulu. Cuma menyusu dulu siap-siap supaya dapat battle dengan tenang kononnya. Encik suami yang buat dulu, takpelah. Kita bagi kat dia yang selalu keluar ke tempat kerja.  Battle bermula pukul 12. Eh? Takde button daftar pun. Panik. Tengok-tengok kena tunggu 12.15 tengah hari pulak. Ok tunggu. Beliau pun klik klik klik klik, semua penuh. Siap nak pilih tarikh ler konon. Hahaha. Tak de masa nak layan tarikh. Main klik je. Last-last beliau dapat!  Dengan kata-kata. "Takpelah sorang dulu yang dapat. Apa-apa jadi, sorang mati. Sorang ada lagi." Apo daaa suami ku. Terlebih optimis ke apa nih? Oklah. Lupakan. Maka, giliran aku pulak battle. Sehinggalah pukul 1 lebih. Dan sehinggalah vaksin habis! Hmmmm... aku kalah battle kali ni. Merebut vaksin yang hanya SEJUTA. Entah berapa ramai yang rebut. Tak...

Salam 11 Ramadan

11 Ramadan sudah menjengah. Apakah aku sudah lakukan yang terbaik untuk tahun ini? Hanya tinggal kurang 20 hari sahaja lagi Ramadan kali ini, semoga kita semakin rancak mendekatkan diri dan memohon keampunan Ilahi. Bulan Ramadan adalah bulan keampunan. Lazimi istighfar, selawat dan zikir-zikir lain. Quran usah dibiarkan terus berhabuk. Masa dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah. Amat rugi kita. Andainya Ramadan ini berlalu begitu saja. 😓😓 Love, Kak Laila 0035 : 23042021

Masa

Masa Disebabkan pandemik #covid19 ni, betapa banyaknya Allah beri masa kita dan anak-anak di rumah. Cuba lihat dan renung bagaimana kita habiskan masa setiap hari. Pernah beri tazkirah (dibaca sebagai borak atau membebel) kepada anak-anak dara berdua. Masa sekolah, tak banyak masa. Penat sebab sekolah pagi petang. Malam sibuk buat homework. Pukul 9 atau 10 dah layu dah mata masing-masing termasuk mak diorang. Pandemik ni, sampai tak tahu nak buat apa. Makan cukup. Main cukup Tengok TV cukup. Bersukan cukup Rehat cukup. Apa kata kalau kita ambil masa untuk mengaji setiap kali lepas solat? 5 kali sehari. Atau sekurang-kurangnya 3 kali sehari seperti kita tak pernah lupa untuk makan. Anak-anak senyum. Berpandangan sesama sendiri. Ya.. Ingin mengatakan yang mak cakap tu betul. Sebenarnya bukan anak-anak sahaja. Mak bercakap untuk ingatkan diri sendiri juga. Betapa banyak masa kita. Allah beri ruang untuk kita lebihkan masa dengan Quran. Belajar Belajar Belajar. Banyak hikmah daripada pand...

Bahagia Dan Tenang

Bahagia... Bukan semua orang sedang mengecapi bahagia. Tenang... Bukan semua orang dikurniakan nikmat tenang. Ada orang hidupnya punya wang yang banyak, anak yang ramai, harta bertimbun. Namun hati masih belum tenang. Gundah gulana. Jadi, jika kita bahagia dan tenang, bersyukurlah. Love, Kak Laila 0939 : 15112020