Masa mula-mula saya kenal EO, saya memang guna RC untuk anak-anak saya sebab diorang ada sinus. Selepas beberapa tahun, barulah saya guna untuk diri sendiri. Kebetulan masa tu saya tengah mengandungkan anak ke-5, banyak juga bau yang tak sesuai kat hidung ni haaa. Tau-tau sajalah kalau mengandung tu kan. Ada je yang tak kena. Hanya satu EO je saya guna dan sangat suka. Iaitu Peppermint. Bukan setakat boleh guna, namun dah jadi teman baik untuk hilangkan rasa loya dan morning sickness tu. Jarang sangat Peppermint ni orang reject. Biasanya ramai yang suka. Selain daripada boleh menghilangkan rasa loya semasa mengandung, banyak lagi manfaat Peppermint ni. 1. Ofkos sebab baunya yang segar, best kalau diffuse atau hidu pagi-pagi untuk memulakan hari kalian. 2. Beri ketenangan minda. 3. Fokus. 4. Inhale dalam-dalam dan letak kat belakang tengkuk, pasti cerah mata kalian. 5. Titiskan 3 titis Peppermint di dalam syampu untuk menyegarkan kulit kepala. 6. Boleh menghilang bau hapak bilik. 7. Ti...
Kisah kelakar hari ni. Berebut vaksin Astrazeneca yang diberikan oleh kerajaan untuk rakyat. 11.50 pagi aku dah bersedia depan komputer. Anak nak makan? Nanti dulu. Cuma menyusu dulu siap-siap supaya dapat battle dengan tenang kononnya. Encik suami yang buat dulu, takpelah. Kita bagi kat dia yang selalu keluar ke tempat kerja. Battle bermula pukul 12. Eh? Takde button daftar pun. Panik. Tengok-tengok kena tunggu 12.15 tengah hari pulak. Ok tunggu. Beliau pun klik klik klik klik, semua penuh. Siap nak pilih tarikh ler konon. Hahaha. Tak de masa nak layan tarikh. Main klik je. Last-last beliau dapat! Dengan kata-kata. "Takpelah sorang dulu yang dapat. Apa-apa jadi, sorang mati. Sorang ada lagi." Apo daaa suami ku. Terlebih optimis ke apa nih? Oklah. Lupakan. Maka, giliran aku pulak battle. Sehinggalah pukul 1 lebih. Dan sehinggalah vaksin habis! Hmmmm... aku kalah battle kali ni. Merebut vaksin yang hanya SEJUTA. Entah berapa ramai yang rebut. Tak...