Skip to main content

Salam 11 Ramadan

11 Ramadan sudah menjengah. Apakah aku sudah lakukan yang terbaik untuk tahun ini? Hanya tinggal kurang 20 hari sahaja lagi Ramadan kali ini, semoga kita semakin rancak mendekatkan diri dan memohon keampunan Ilahi.

Bulan Ramadan adalah bulan keampunan. Lazimi istighfar, selawat dan zikir-zikir lain. Quran usah dibiarkan terus berhabuk. Masa dihabiskan dengan perkara yang tidak berfaedah.

Amat rugi kita.
Andainya Ramadan ini berlalu begitu saja.
😓😓

Love,
Kak Laila
0035 : 23042021

Comments

Popular posts from this blog

Anak Tak Selera Makan? Apa Solusinya?

Semalam dah poskan Spearmint untuk bantu anak Cik Nisa yang kurang selera makan. Katanya macam-macam cara dah cuba tapi belum nampak hasilnya.  Harapnya Spearmint ni bolehlah menaikan selera makan anak beliau. Banyak lagi kebaikan Spearmint ni. Antaranya ialah :- #1 Membantu masalah yang berkait dengan pernafasan. #2 Masalah pencernaan. #3 Mengatasi sakit kepala #4 Menenangkan #5 Eczema Kalau kalian ada masalah-masalah yang berkaitan kulit, perut dan pernafasan, boleh contact saya ya. Love, Kak Laila

Bahagia Dan Tenang

Bahagia... Bukan semua orang sedang mengecapi bahagia. Tenang... Bukan semua orang dikurniakan nikmat tenang. Ada orang hidupnya punya wang yang banyak, anak yang ramai, harta bertimbun. Namun hati masih belum tenang. Gundah gulana. Jadi, jika kita bahagia dan tenang, bersyukurlah. Love, Kak Laila 0939 : 15112020

Masa

Masa Disebabkan pandemik #covid19 ni, betapa banyaknya Allah beri masa kita dan anak-anak di rumah. Cuba lihat dan renung bagaimana kita habiskan masa setiap hari. Pernah beri tazkirah (dibaca sebagai borak atau membebel) kepada anak-anak dara berdua. Masa sekolah, tak banyak masa. Penat sebab sekolah pagi petang. Malam sibuk buat homework. Pukul 9 atau 10 dah layu dah mata masing-masing termasuk mak diorang. Pandemik ni, sampai tak tahu nak buat apa. Makan cukup. Main cukup Tengok TV cukup. Bersukan cukup Rehat cukup. Apa kata kalau kita ambil masa untuk mengaji setiap kali lepas solat? 5 kali sehari. Atau sekurang-kurangnya 3 kali sehari seperti kita tak pernah lupa untuk makan. Anak-anak senyum. Berpandangan sesama sendiri. Ya.. Ingin mengatakan yang mak cakap tu betul. Sebenarnya bukan anak-anak sahaja. Mak bercakap untuk ingatkan diri sendiri juga. Betapa banyak masa kita. Allah beri ruang untuk kita lebihkan masa dengan Quran. Belajar Belajar Belajar. Banyak hikmah daripada pand...